Oct
21
2011

TIPS Persediaan untuk MUET March 2012

Peperiksaan MUET pertama tahun 2012 ialah pada bulan March nanti dan jika anda bercadang untuk mengambilnya tahun depan maka persediaan anda perlu bermula sekarang. Walaupun anda mungkin tidak mengambilnya pada March 2012 dan ingin mengambilnya lewat lagi, persediaannya perlu bermula sekarang kerana lebih lama persediaan anda, lebih tinggi kemungkinan untuk mendapa Band 3, Band 4 dan tidak mustahil juga mendapat Band 5 dan Band 6.

Persediaan yang boleh dibuat anda sekarang ialah

1. Beli buku2 persediaan MUET terutama yang mengandungi soalan2 MUET yang lepas untuk memastikan yang anda tahu apakah format MUET itu dan pemarkahan MUET.Ramai yang kadang-kadang main redah aja ambil MUET sebab ingat yang ianya mudah untuk lulus dan dapat Band 3.

2. Menghadiri kelas bahasa Inggeris secara formal Sebagai seorang pendidik bahasa Inggeris dan trainer selama 15 tahun, saya cadangkan Manajalara menghadiri kelas bahasa Inggeris secara formal terutamanya yang menekankan aspek tatabahasa bahasa Inggeris dalam pengajaran mereka. Antara punca utama kegagalan mereka yang mengambil MUET ialah kelemahan yang amat ketara dalam aspek tatabahasa bahasa Inggeris. Cuba lihat balik penerangan untuk mereka yang mendapat markah kurang dari 100 atau band 1 dalam MUET.

Band 1 Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.

3. Tingkatkan English vocabulary anda atau perbendaharaan kata bahasa Inggeris anda Selain dari aspek Grammar,aspek perkataan-perkataan yang sesuai juga amat penting untuk anda gunakan dalam MUET nanti. Cuba lihat komen pemeriksa kertas MUET untuk mereka yang mendapat Band 4 yang mendapat markah 180-219 (60% – 73%)

Band 4- Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah:180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan.

4. Banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris Ini adalah satu lagi aspek yang selalu dilupakan oleh mereka yang mengambil MUET. Jika anda ingin mengambil MUET, pastikan anda tingkatkan pembacaan anda kerana ini akan membantu anda untuk:-

i. Melihat dan menyerap contoh-contoh pembinaan ayat dalam bahasa Inggeris dengan betul.

ii. Menyerap ejaan perkataan bahasa Inggeris.

iii. Menyerap verb tenses atau kala kata kerja yang betul seperti penggunaan past tenses, present tenses dan juga future tenses.

Aspek pembacaan akan turut membantu anda meningkatkan pengetahuan am anda dan akan membantu anda dalam komponen penulisan dan perbualan dalam MUET itu nanti.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang akan menekankan aspek Grammar dan Vocabulary bahasa Inggeris yang amat sesuai dan efektif untuk persediaan MUET akan saya jalankan di Kompleks Kejiranan Precint 16 pada 12 dan 13hb Nov nanti.

Cikgu Yusoff
0193090711

0
Sep
04
2011

Solekan dan tidur

Ramai yang tahu bahawa tidur dengan solekan adalah tidak baik. Tetapi mengapa masih ramai yang melakukannya? Sekali lagi kami tegaskan, perbuatan tidur dengan wajah yang tidak bersih akan memberikan kesan buruk pada kulit anda. Solekan tersebut akan masuk ke dalam pori-pori dan menutupi kulit anda. Apabila liang ini tertutup, kekotoran yang terperangkap akan menyebabkan banyak masalah kulit kepada anda. Cucilah wajah sebanyak dua kali pada waktu malam. Satu untuk membuang solekan dan satu lagi untuk mencuci wajah anda.

0
Sep
04
2011

Kedutan di mata

Jika anda baru berusia 20-an dan sudah mulai perasan wujudnya garis-garis halus di wajah, anda patut mengenakan krim tabir suria mulai hari ini. Dalam usia ini, kulit anda akan mengubahsuai sendiri dengan pantas. Dengan penggunaan krim tabir suria yang berkualiti, kulit anda akan terhindar daripada sebarang kerosakan. Anda juga dicadangkan untuk menggunakan produk berasaskan asid hidroksi kerana ia mempercepatkan penyingkiran sei mati dan memberikan anda kulit yang bersih, jernih dan lembut.

0
Sep
04
2011

Mengatasi Masalah Mata letih

Tags:

Ada dua cara untuk mengatasi masalah mata letih. Pertama, anda boleh meletakkan sudu timah yang sudah dibasahkan dengan air paip sejuk yang mengalir selama beberapa minit. Tekankan sudu ini ke bahagian mata yang letih. la membantu menyejuk dan mengurangkan masalah bengkak bawah mata. Selain itu, anda boleh rendamkan uncang teh di dalam air sejuk selama sepuluh minit. Kemudian, letakkannya di bahagian mata yang bermasalah. Mulakan dari bahagian luar mata.

0
Sep
04
2011

Solekan Mata

Tags:

Solekan yang berlebihan tidak cantik sebaliknya akan membuatkan anda pelik. Sewaktu menyapukan penggaris mata, pastikan sapuan itu tidak tebal sehingga menenggelamkan bentuk mata anda sendiri. Begitu juga dengan penggunaan maskara. Usah kenakan terlalu tebal sehingga ia bergumpal. Untuk bedak asas pula, pilihlah yang sesuai dengan warna kulit anda. Usah mencuba memilih warna yang terlalu cerah daripada kulit asai. Dalam bersolek, anda harus tahu konsep ‘less is more”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0