Bakteri Streptococcus
Pernah mendengar bakteria Streptokokus pneumoniae? la bukan sembarangan bakteria yang hanya menyebabkan anak anda jatuh sakit dan diberi ubat demam atau ubat batuk, tetapi ia adaiah bakteria berbahaya yang boleh membawa maut! Hakikatnya bakteria Streptokokus pneumoniae ini menyebabkan berlakunya serangan penyakit pneumokokus. la menjadi punca utama penyakit serius di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia. Terdapat 90 jenis pneumokokus dan 10 daripadanya menyebabkan 62% daripada jangkitan serangan pneumokokus di seluruh dunia.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 1.6 juta orang mati setiap tahun di seluruh dunia akibat penyakit pneumokokus. Daripada angka ini, sekurang-kurangnya separuh daripadanya adaiah kanak-kanak di bawah usia 5 tahun yang kebanyakannya di negara-negara membangun.
Penyakit pneumokokus amat mudah berjangkit dan ia merebak dari individu ke individu menerusi titisan air semasa batuk, bersin atau sentuhan rapat. Pneumococci lazim didapati pada saluran pernafasan hidung dan tekak dalam 20-40% kanak-kanak sihat dan 5 -10% orang dewasa. Walaupun hampir sesiapa juga boleh mendapat penyakit pneumokokus, risikonya adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak , yang sudah berumur dan mereka yang menghadapi masalah kesihatan lain (contohnya Thalassaemia) atau mempunyai sistem imun yang lemah (contohnya HIV).


Leave a Reply