Feb
08
2011

Bersenam di rumah

Sekiranya anda tercari-cari aktiviti untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan tetapi tidak mahu mengeluarkan belanja, bersenam adalah jawapannya. Berjalan, berlari, atau berbasikal mahupun menari membantu anda sekeluarga terus sihat sambil mengeratkan hubungan sesama sendiri. Lebih daripada itu, anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk menjadi ahli gimnasium mahupun membeli peralatan bersenam untuk tujuan bersenam di rumah.
Antara jenis senaman lain yang dicadangkan ialah melakukan lompat menggunakan tali (skipping) yang membantu anda membakar kalori secara efektif di samping ‘ memperbaiki metabolisme. Anda juga boleh mencuba untuk naik turun tangga. Amalan ini dapat mempertingkatkan kekuatan keseluruhan anggota tubuh. Tidak dilupakan, aktiviti kalistenik asas iaitu bangkit tubi, tekan tubi, lunges dan berjalan itik yang membantu membina kekuatan otot-otot tubuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply