Feb
10
2011

Degupan Jantung

STETOSKOP memang sinonim dengan para doktor kerana ia dapat membantu mereka mendengar degupan jantung pesakit dengan jelas. Stetoskop sebenarnya dicipta oleh seorang pengamal perubatan muda Perancis yang bernama Rene Theophile Hyacinthe Laennec pada tahun 1816. Semuanya bermula ketika Laennec merawat pesakit wanitanya. Disebabkan segan untuk meletakkan telinga di dada wanita tersebut, Laennec menggulung 24 helai kertas seperti yang pernah dibuatnya semasa kecil kerana beliau tahu, bunyi dapat dipindahkan melalui medium yang teguh. Dengan meletakkan telinganya di hujung gulungan sementara hujung satu lagi di dada pesakitnya itu, beliau mendapati bunyi yang didengar bukan sahaja kuat, malah lebih jelas.
Manuskrip pertama yang merekodkan penggunaan stetoskop ke atas pesakit oleh Laennec ialah semasa beliau merawat Marie-Melanie Basset yang berusia 40 tahun pada lapan Mac 1817. Pada mulanya Laennec menggelar alat ciptaannya itu ‘Le Cylindre’ namun beliau mengubahnya kepada stetoskop yang merupakan gabungan dua ayat Yunani iaitu ‘saya lihat1 dan ‘dada’ kerana tidak tahan mendengar rakan-rakannya cuba memberikan nama-nama yang agak menjengkelkan. Ketika itu, stetoskop ciptaan Laennec menggunakan kayu yang telah dirompongkan bahagian dalamnya. Stetoskop yang turut dihasilkan sendiri ini terdiri daripada dua bahagian lubang, satu untuk diletakkan di telinga manakala hujung satu lagi adalah corong berbentuk kon. Stetoskop beliau pula mempunyai ukuran 12 inci panjang dengan diameter 1.5

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply