Demam Panas
Suhu badan yang normal adalah 37°C. Seseorang itu boleh dianggap demam jika suhu badannya melebihi 37°C.
Demam akan berlaku jika terdapat jangkitan kuman atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem ketahanan badan. Misalnya viral infection bermaksud jangkitan yang disebabkan oleh virus.
Demam biasa apabila suhu meningkat lebih daripada 37°C tetapi tidak melebihi 38°C. Demam biasa akan pulih dalam masa dua, tiga hari sahaja. Hati- hati suhu badan manusia secara semula jadi adalah lebih tinggi pada waktu petang dan malam. Awasi suhu badan anak waktu malam dengan menuamnya kepala dan badannya dengan tuala lembap. Gunakan air biasa bukan ais atau pun air suam.
* Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 38°C dan berlarutan lebih lama selalunya disertai simptom-simptom lain seperti batuk dan selesema.
Kalau suhu badan terlalu tinggi, serangan sawan mungkin akan berlaku dan memudaratkan. Lebih kurang 30 peratus kanak- kanak berusia tiga bulan hingga enam tahun ke bawah berisiko mendapat sawan demam. Sawan demam mungkin berlaku ketika suhu sedang naik ataupun sedang menurun.
* Jika dalam tempoh demam, bayi tidak mahu menyusu, makan atau minum, segera berjumpa doktor untuk mengelak badannya menjadi bertambah lemah.


Leave a Reply