Feb
08
2011

Jarak kehamilan terlalu dekat

Jarak kehamilan yang paling sesuai selalu dikatakan sebagai 2 tahun. Ini adalah kerana si ibu memerlukan masa 2 tahun untuk menaikkan tahap hemoglobin dalam tubuhnya kembali ke tahap normal sebelum hamil semula. Namun begitu, saya tidak menasihatkan perkara yang sama untuk semua pesakit, kerana setiap wanita ada masalah yang berlainan. Misalnya:
Wanita yang berusia 35 tahun ke atas – elok hamil secepat mungkin walaupun setahun sekali kerana jika wanita tersebut menunggu hingga usia 38 tahun, maka risiko untuk bayi mengalami sindrom Down semakin tinggi.
Wanita yang mempunyai masalah endometriosis dan sukar hamil. Saya juga menggalakkan golongan ini supaya hamil setiap 1 – 2 tahun. JIKA itu yang diinginkan.
Wanita yang hamil di usia belasan tahun (remaja) dinasihatkan supaya merancang keluarga dengan teliti jika beliau dan suami belum bersedia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply