Feb
15
2011

Nafkah Isteri

Dalam agama Islam, pemberian nafkah kepada isteri hukumnya wajib sejak berlakunya akad nikah. Hal ini tetap kekal walaupun isteri kaya. Tapi, suami wajib memberi nafkah kepada isteri berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidaklah sehingga membebankan.
Diakui, sekarang ini ramai isteri keluar bekerja. Jika ditanya, rata-rata memberitahu bahawa mereka ingin membantu suami dan menjana ekonomi rumah tangga. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang serba moden ini, semuanya perlukan duit. Kesanggupan para isteri keluar bekerja mencari pendapatan tambahan untuk rumah tangga patut dipuji. Tapi, mereka perlulah mendapat kebenaran suami terlebih dahulu

Namun, disebabkan wanita keluar bekerja sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita, ramai di kalangan suami terlupa untuk memberikan nafkah kepada
isteri. Alasan mereka, isteri sudah ada duit sendiri. Jadi, tidak perlulah diberikan lagi kepada mereka. Bagi isteri yang rela dan reda tidak diberikan nafkah wang ringgit, tidak ada masalah. Memang niât mereka ingin membantu meringankan beban kewangan suami.
Yang menjadi masalah sekarang ialah apabila suami buat-buat lupa memberikan nafkah kepada isteri dan menyerahkan bulat-bulat urusan kewangan rumah tangga kepada isteri yang kemudiannya kena diurus sendiri oleh isteri dengan duit sendiri. Duit suami, hanyalah untuk dia sendiri. Kepada suami-suami seperti ini, sedarlah bahawa, suami langsung tidak berhak ke atas wang pendapatan isteri melainkan dengan persetujuan isteri. Sebaliknya, anda patut bersyukur kerana isteri sanggup berkorban masa dan tenaga mereka demi untuk kesejahteraan keluarga.
Kepada para isteri yang dibenarkan keluar bekerja, janganlah pentingkan diri sendiri. Benar, suami tidak boleh mengambil duit anda tanpa kebenaran walaupun sesen. Tapi, sedar kah anda bahawa tanpa kebenarannya, anda langsung tidak boleh bekerja. Lagipun, hampir semua suami yang mengizinkan isterinya bekerja adalah dengan satu niât iaitu untuk membolehkan isteri membantu menambah pendapatan keluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply