Feb
15
2011

Penyakit Cacar Air

Serangan cacar air (chicken pox) yang anda alami itu memang agak ketara sehingga meliputi hampir keseluruhan tubuh. Walau bagaimanapun, jika anda telah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, kesan penularannya tentu dapat dikawal dengan ubat anti virus.
Akibat serangan cacar air, kulit biasanya melepuh dan jika pecah akan menyebabkan anda rasa pedih terutamanya apabila terkena air. Itulah yang berlaku kepada anda. Sekiranya kulit tersebut tidak terkena jangkitan kuman, maka parutan tidak aka nada. Jika bahagian yang melepuh itu sembuh, kulit itu akan kembali kepada sedia kala. Samalah juga dengan kulit bahagian alat kelamin. Apabila sudah sembuh, keadaan akan menjadi sedia kala. Jadi, jangan risau jika kulit alat kelamin anda sudah mula sembuh dan tiada jangkitan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply