Mar
22
2011

Pantang Larang selepas bersalin

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang, tekanan darah rendah, tekanan yang adakalanya mampu mengakibatkan kemurungan.
Oleh sebab itulah pendapat moden atau dari pakar perubatan kebanyakannya menentang cara ini. Dalam apa juga situasi, pemakanan seimbang adalah digalakkan. Tempoh berpantang juga bererti tempoh penyusuan. Untuk itu, si ibu memerlukan lebih banyak kalori dalam memenuhi tuntutan penyusuan. Amalan berpantang secara tradisional punya pelbagai larangan mengikut pandangan individu yang biasanya diadaptasi daripada pengaruh keturunan keluarga masing-masing. Apa yang dapat disimpulkan, amalan berpantang secara tradisi ini lebih kepada memudahkan si ibu untuk menurunkan berat badan dengan cepat.
Arus kemodenan telah merubah pelbagai aspek diet di dalam pantang ini. Pilihlah yang sepadan mengikut keperluan tubuh anda. Jangan pula merasakan amalan berpantang itu satu hal yang remeh. Anda masih perlu kawal apa yang dimakan dan bukannya makan mengikut hati. Jadi, amalan manakah yang harus anda ikuti?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply