Mar
22
2011

Penjagaan selepas bersalin

Tempoh berpantang adalah waktu bagi kita mendapatkan kembali segala keperluan zat dan mineral yang kita kongsikan selama 9 bulan dengan anak yang dikandung. Kita perlukan semua zat itu untuk baik pulih tubuh kita. Kita perlukan protein, serat dan kalsium untuk bantu tubuh agar cepat pulih. Selain itu, kesemua keperluan mineral ini juga dapat membantu tubuh menghasilkan susu yang lebih bernutrisi untuk bayi kita.

Pengambilan suplemen obimin dan kalsium yang kita ambil sewaktu mengandung itu sebaiknya kita teruskan sehingga tiga bulan selepas bersalin. Kalau mengikut amalan berpantang tradisional misalnya, tidak digalakkan minum banyak air. Sebenarnya tubuh memerlukan air yang sangat banyak. Kita perlukan air yang cukup untuk menggantikan air yang keluar melalui darah nifas dan penyusuan. Air juga penting untuk mengurangkan risiko susah untuk membuang air besar selepas bersalin. Air sangat penting khususnya untuk ibu yang mahu menyusu badan. Alasan-alasan yang susu tak cukup itu adalah kesan dari kurangnya pengambilan air dalam badan. Bila menyusukan anak, secara automatiknya kita akan mudah dahaga.

Jika tubuh sudah menghantar isyarat yang kita memerlukan air, maka sebenarnya kita sudah mendekati fasa dehidrasi. Hal ini sangat merbahaya khususnya untuk wanita dalam pantang. Tiada kajian saintifik yang mengatakan minum air banyak akan buatkan rahim kita lebih kembang. Sebab itulah saya kata, kita perlu sentiasa dengar kata tubuh dalam membuat sebarang keputusan mengenai diet pilihan. Selebihnya, berpada- padalah!”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply