Mar
22
2011

Makanan Sihat untuk diet

Seseorang itu hanya perlu makan 70-80 peratus kenyang sahaja. Jangan makan sehingga penuh perut. Sebaiknya segera bangun dari meja makan sebaik anda sudah makan. Jika anda masih melepak di meja makan, jangan nafikan, tangan anda pasti akan mengambil lauk yang masih bersisa. Atau paling tidak, anda akan minta satu pinggan lagi nasi tambah. Bahaya tu!

Diet paling sesuai untuk seorang normal adalah mengambil segelas air masak atau potongan buah-buahan sebelum makan. Kemudian, barulah makan nasi. Nasi hanya satu mangkuk kecil disertakan dengan satu hidangan sayur berdaun hijau dan satu hidangan protein seperti ayam, ikan atau telur. Pastikan lauk anda dimasak dengan cara sihat! Hidangan lengkap harus ada karbohidrat, protein, dan lemak. “Jika anda tidak makan nasi, gantikan dengan pengambilan sandwic tanpa sos atau mayones. Anda juga boleh makan capati yang dicecah dengan kuah dhal.

0
Mar
22
2011

Penyusuan susu ibu

Bagi anda yang menyusukan bayi, anda tidak perlu berdiet dengan teruk. Hanya awasi pemakanan anda agar anda kekal mengambil makanan seimbang. Menyusukan bayi dapat membantu anda menurunkan lebihan berat sewaktu hamil dahulu. “Lemak dan protein akan ditukarkan kepada tenaga sewaktu penghasilan dan penyusuan berlangsung. Ini mengurangkan pengumpulan lemak yang tidak diperlukan.

Apabila menyusukan anak juga, kita akan rasa lebih gembira kerana ia melibatkan ‘bonding’ antara kita dengan anak. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan penghasilan hormon serotonin. Hormon serotonin ini juga membantu mengurangkan risiko kemurungan malahan dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme tubuh. Jika kita sertai dengan senaman ringan, penurunan berat akan berlaku secara sihat. Bagi wanita yang menjalani pembedahan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang senaman khususnya enam bulan pertama selepas kelahiran.

0
Mar
22
2011

Pemakanan ibu selepas bersalin

Lada hitam digaul bersama nasi panas, memang di antara menu popular dalam tempoh berpantang. Secara amalan tradisinya, pengambilan lada hitam ini dapat membantu memanaskan badan. “Minggu pertama adaiah minggu yang paling sukar untuk ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Bayi akan cenderung untuk mendapat jaundis atau demam kuning. Risiko lebih tinggi di kalangan bayi yang lahir pra-matang atau sebelum 36 minggu. Hubung kaitnya adaiah makan makanan pedas dan panas akan membuatkan tubuh mudah dehidrasi. Ini akan mengganggu penghasilan susu. Susu ibu adaiah formula terbaik untuk membantu mengurangkan risiko diserang demam kuning. Untuk itu, saya nasihatkan hanya mula mengambil lada hitam dan sebagainya selepas dua minggu bagi mereka yang bersalin secara normal.

0
Mar
22
2011

Pemakanan selepas bersalin

Wanita yang di dalam tempoh berpantang perlu mengambil di antara 2,500 hingga 2,800 kcal setiap hari. Penambahan kalori sebanyak 500 kcal diperlukan jika anda menyusukan anak. “Bagi saya pantang-larang diet yang disuruh oleh orang tua kita lebih kepada mahu kita cepat kurus. Bagaimanapun, saya tidak galakkan wanita yang dalam tempoh berdiet untuk cuba menurunkan berat dengan mengurangkan jumlah pengambilan kalori.

Tempoh berpantang adalah tempoh penyembuhan. Namun, ia masih bergantung kepada individu itu juga. Jika berat anda naik secara mendadak dengan sangat banyak sewaktu hamil, sedikit penurunan berat adalah perlu. Mula kurangkan jumlah pengambilan kalori kepada 2,000 kcal, itu pun selepas 3 bulan dari tempoh bersalin. Lakukan secara perlahan-lahan.

0
Mar
22
2011

Penjagaan selepas bersalin

Tempoh berpantang adalah waktu bagi kita mendapatkan kembali segala keperluan zat dan mineral yang kita kongsikan selama 9 bulan dengan anak yang dikandung. Kita perlukan semua zat itu untuk baik pulih tubuh kita. Kita perlukan protein, serat dan kalsium untuk bantu tubuh agar cepat pulih. Selain itu, kesemua keperluan mineral ini juga dapat membantu tubuh menghasilkan susu yang lebih bernutrisi untuk bayi kita.

Pengambilan suplemen obimin dan kalsium yang kita ambil sewaktu mengandung itu sebaiknya kita teruskan sehingga tiga bulan selepas bersalin. Kalau mengikut amalan berpantang tradisional misalnya, tidak digalakkan minum banyak air. Sebenarnya tubuh memerlukan air yang sangat banyak. Kita perlukan air yang cukup untuk menggantikan air yang keluar melalui darah nifas dan penyusuan. Air juga penting untuk mengurangkan risiko susah untuk membuang air besar selepas bersalin. Air sangat penting khususnya untuk ibu yang mahu menyusu badan. Alasan-alasan yang susu tak cukup itu adalah kesan dari kurangnya pengambilan air dalam badan. Bila menyusukan anak, secara automatiknya kita akan mudah dahaga.

Jika tubuh sudah menghantar isyarat yang kita memerlukan air, maka sebenarnya kita sudah mendekati fasa dehidrasi. Hal ini sangat merbahaya khususnya untuk wanita dalam pantang. Tiada kajian saintifik yang mengatakan minum air banyak akan buatkan rahim kita lebih kembang. Sebab itulah saya kata, kita perlu sentiasa dengar kata tubuh dalam membuat sebarang keputusan mengenai diet pilihan. Selebihnya, berpada- padalah!”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0