Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang, tekanan darah rendah, tekanan yang adakalanya mampu mengakibatkan kemurungan.
Oleh sebab itulah pendapat moden atau dari pakar perubatan kebanyakannya menentang cara ini. Dalam apa juga situasi, pemakanan seimbang adalah digalakkan. Tempoh berpantang juga bererti tempoh penyusuan. Untuk itu, si ibu memerlukan lebih banyak kalori dalam memenuhi tuntutan penyusuan. Amalan berpantang secara tradisional punya pelbagai larangan mengikut pandangan individu yang biasanya diadaptasi daripada pengaruh keturunan keluarga masing-masing. Apa yang dapat disimpulkan, amalan berpantang secara tradisi ini lebih kepada memudahkan si ibu untuk menurunkan berat badan dengan cepat.
Arus kemodenan telah merubah pelbagai aspek diet di dalam pantang ini. Pilihlah yang sepadan mengikut keperluan tubuh anda. Jangan pula merasakan amalan berpantang itu satu hal yang remeh. Anda masih perlu kawal apa yang dimakan dan bukannya makan mengikut hati. Jadi, amalan manakah yang harus anda ikuti?

Lemak menyebabkan peningkatan kolesterol dalam badan dan ia merupakan sejenis bahan yang diproses. Sebagai contoh, santan yang diproses dari buah kelapa. Untuk menyediakan masak lemak atau kari yang lebih sihat, penggunaan susu rendah lemak digalakkan. Kolesterol pula merupakan sesuatu makanan
yang bersumberkan haiwan. Contoh makanan berkolesterol adalah seperti daging merah, makanan laut, mentega, dan belacan (kerana ia dihasilkan dari udang).
Minum susu amat digalakkan kerana kandungan kalsiumnya yang baik untuk tulang dan gigi. Susu terbahagi kepada tiga jenis. Susu tinggi lemak, susu rendah lemak, dan susu skim. Bagi penghidap obesiti, susu jenis rendah lemak atau susu skim adalah yang terbaik. Elakkan susu tinggi lemak kerana ia tinggi kandungan lemak dan boleh menyebabkan kegemukan

Mungkin anda mahu berdiet dan makan semua jenis salad atau sayur. Memang enak menikmati salad dengan mayones atau sos masam kan? Sebenarnya, salad akan menjadi tidak sihat lagi apabila anda mengambilnya dengan sebarang sos yang diproses. Bahan pengawet yang digunakan untuk membuat sos sebenarnya kaya dengan lemak dan boleh menyebabkan berat badan anda naik. Jadi, jangan salahkan penimbang jika berat anda ‘naik’ lagi! Makan salad kosong dengan buah- buahan atau sayur manis supaya anda tidak muak.

Tahukah anda? VEGetarian terbahagi kepada 3 kumpulan. Berikut adalah golongan-golongannya:
‘Pure vegetarian: Golongan tegar ini hanya mengambil sayuran dan buah-buahan dan menjauhi makanan berdaging.
‘Lacto vegetarian’: Mereka makan sayur, buah, dan turut menikmati produk tenusu.
‘Lacto-ovo vegetarian‘: Kumpulan ini mengambil sayuran, buah-buahan, susu, dan telur.
Tahukah anda, sebagian besar dari atlit-atlit dunia adalah vegetarian. Apakah rahsianya? Jika seorang memakan makanan yang mengandung karbohidrat, ia akan diubah menjadi glukosa dan tersimpan di dalam hati dan otot dalam bentuk glikogen. Banyaknya glikogen pada otot penting untuk mengubah ATP (Adenosine Triphosphate) menjadi ADP (Adenosine Diphosphate) -yang menghasilkan tenaga. Kerana itu, lebih banyak jumlah karbohidrat yang dimakan, lebih banyak tenaga dihasilkan. Oleh sebab itu, seorang vegetarian akan menghasilkan lebih banyak tenaga. Daging tidak mengandung karbohidrat sedikitpun.

Katakan anda mahu berdiet dan sememangnya mempunyai masalah berat badan, jadi eloklah anda menjauhi kopi. Ini kerana daripada kajian, kadar kafein dalam kopi akan mendorong pankreas untuk mengeluarkan lebih banyak insulin. Apabila ini berlaku, ia akan menurunkan kadar gula dalam darah yang akan membuatkan anda sentiasa lapar dan sentiasa cenderung untuk menghirup kopi enak lagi. Jadi. cukuplah sekadar minum satu atau dua cawan kopi sahaja dalam sehari.