May
07
2012

Rawatan resdung di Terengganu

Resdung (sinusitis) adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Resdung menyebabkan pelbagai gejala hidung dan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Bagi yang ingin mendapatkan rawatan resdung di Terengganu, bolehlah berkunjung ke alamat  I-MUSLIM, PS 09, Tingkat Atas, Giant Hypermarket Kuala Terengganu, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman atau di Lot 4229 Wisma Chua Ah Kee (Belakang Stadium Bola), 20200 Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Menurut laman Dungun.Net, di Dungun terdapat  sebuah tempat rawatan homeopathy yang berkesan di kawasan kg.tanah lot . Sekiranya anda menghala ke Kuala Dungun daripada Sura Gate, selepas  lampu isyarat  kedai telekom, anda akan nampak label Homeopathy besar  di sebelah kanan. Pengidap resdung boleh  mencuba rawatan resdung di tempat tersebut.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang rawatan resdung di Terengganu, sila layari laman berikut:

1)      http://www.dapat.net/moblog.aspx?member=RAWATANRESDUNG

2)      http://dungun.net/2008/08/resdung/

0
May
07
2012

Klinik gigi di Kuala Terengganu

Menderita kesakitan akibat sakit gigi sememangnya menyeksakan bagi sesetengah orang. Justeru, kesihatan gigi perlu dititikberatkan dengan sering melakukan pemeriksaan gigi, melakukan rawatan atau mencabut gigi yang telah rosak. Jika berada di Kuala Terengganu, banyak pilihan klinik gigi yang boleh dikunjungi. Contohnya, Klinik Pergigian Aisya/ Aisya Dental Clinic yang terletak di 2259K Bangunan SEDC Pasar Manir, Jalan Kota Bharu, 21200 Kuala Terengganu. Klinik ini menawarkan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan gigi, rundingan daripada dentist, sakit gigi, gigi kuning, mulut berbau, gigi bergoyang dan gigi berlubang. Salah sebuah lagi klinik gigi yang terdapat di Kuala Terengganu ialah Klinik Pergigian Ma yang beralamat di 2E, 1st Floor, Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu, 20300, Kuala Terengganu, Terengganu, 20300.

0
May
07
2012

IPT di Terengganu

Selaras dengan kepentingan pendidikan kepada semua rakyat yang memartabatkan pendidikan, semakin banyak Institut Pengajian Tinggi (IPT) ditubuhkan di seluruh negara khususnya di negeri Terengganu. Secara umumnya, IPT terbahagi kepada dua sama ada IPTA atau IPTS. Antara IPTA di Terengganu ialah UITM, Dungun, Universiti Malysia Terengganu, K. Terengganu, Universiti Darul Iman (Kampus KUSZA), K. Terengganu, Politeknik Sultan Mizan, Dungun, Politeknik Kota Kuala Terengganu dan Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Dato’ razali Ismail, KT. Sementara IPTS pula adalah Insitut Latihan Perindustrian Petroleum , Kolej Ketengah, Kolej Sri Iman, Kolej Teras Timur, Kolej Yayasan Terengganu (KYT), Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Terengganu, Terengganu Advanced Technical Institute (TATI).

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai IPT di Terengganu, sila layari laman berikut:
1) http://pembinaterengganu.wordpress.com/info-ipt/
2) http://xchaix-ipt.blogspot.com/2009/01/senarai-ipts-di-terengganu.html

0
May
07
2012

Nama kampung di negeri Terengganu

Mungkin ada yang terkesima atau tersenyum simpul apabila pertama kali mendengar nama kampung yang sedikit pelik dan cukup unik di Terengganu. Namun bagi setiap nama tersebut, tersimpan rahsia di sebalik namanya. Antara kampung yang terdapat di Terengganu ialah Kampong Ajil, Kampong Awek, Kampong Gong Mak Som, Kampong Nasi Dingin, Kampong Nyiur Sebatang , Kampong Padang Beras Kampong Padang Hangus, Kampung Gong Sentol, Kampung Batang Gergaji, Kampung Pak Katak, Kampung Rhu Renggeh, Kampung Tebauk, Kampung Teluk Ketapang, Kampung Landas, Kampung Pantai Merchang, Kampung Pasir Raja Dungun,Kampung Pela Hulu Terengganu, Kampung Seberang Bukit Payong, Kampung Tok Fakir dan Kampung Wakaf Tapai.

Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih terperinci nama kampung di Terengganu, sila layari laman berikut:

1) http://littlebuzz83.blogspot.com/2009/12/nama2-kampung-di-terengganu.html
2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kampung_di_Terengganu

0
May
06
2012

Gubahan hantaran di terengganu

Gubahan hantaran berfungsi sebagai penyeri majlis pertunangan mahupun perkahwinan. Bagi yang masih tercari-cari perkhidmatan mengubah hantaran di Terengganu, Fida Gubahan Hantaran ada jawapannya. Fida Gubahan menyediakan pakej Gubahan Hantaran majlis perkahwinan dan pertunangan mengikut bajet anda. Sekiranya berminat, hubungi no 0179478744 atau e-mailkan terus ke Fida Gubahan Hantaran atau layari Laman web http://www.facebook.com/pages/gubahan-hantaran/180058285369250. Atau mungkin anda lebih selesa dengan Harzharun Wedding Couture yang menyediakan hantaran ekslusif dan gubahan mengikut trend terkini. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 0123876051 atau melalui e-mail Harzharun Wedding Couture mahupun melalui laman web http://harzharunweddingcouture.blogspot.com.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang gubahan hantaran di Terengganu, sila layari laman berikut:

1) http://www.kahwinmall.com/index.php?ref=detail&ad_id=3718
2) http://www.kahwinmall.com/index.php?ref=detail&ad_name_url=Harzharun_Wedding_Couture&ad_id=2913

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0